VISUAL MEMORY
* Ingatan penglihatan memerlukan kemahiran atau kebolehan untuk mengingat apa yang telah dilihat atau diperhatikan.
* Semasa melakukan pembacaan, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf dan perkataan yang telah dilihatnya.
CADANGAN MENGATASI
• Sediakan bahan-bahan di atas meja dan minta murid menelitinya. Sebagai contoh, gambar-gambar. Tutupkan gambar-gambar tersebut dan minta murid menyebut kembali gambar yang dilihatnya.
• Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan minta murid melakarnya semula.
• Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan murid mengenai gambar tersebut.
• Ambil satu tali dan gantung beberapa keping gambar dalam susunan yang tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang telah dibuat oleh guru.
• Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan benda-benda yang telah mereka lihat, kemudian minta mereka ceritakan semula apa yang mereka ingat seperti tempat yang mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian dan sebagainya.
Saturday, October 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)