Wednesday, September 9, 2009

Strategi Mengatasi Masalah Pengamatan (Teknik Pengulangan)

Teknik Pengulangan


Sesuatu pengetahuan atau kemahiran , setelah dipelajari hendaklah diulang-ulang bagi menjamin kekekalan pembelajaran. Dengan itu, konsep –konsep yang dipelajari haruslah diulang kaji dari semasa ke semasa.


Penggunaan Teknik Dalam Bilik Darjah

# Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diadakan. Ini bermakna, guru hendaklah menyediakan pelbagai sumber pengajaran-pembelajaran yang menarik serta mengagumkan agar pembelajaran akan berlaku.


# Pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya. Ini bermakna seseorang murid boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru. Bagi menjimatkan masa, guru bolehlah memberikan bimbingan yang sewajarnya.


# Konsep hukum kesediaan boleh diluaskan untuk diguna di dalam bilik darjah. Seseorang murid hendaklah bersedia dari segi mental, minat, sikap dan psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku.


# Latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Selain itu, ia boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid-murid.


# Kesan pembelajaran yang menyeronokan akan terus mendorong murid ke arah pencapaian yang lebih baik. Dengan itu, guru hendaklah menyediakan pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid-murid. Ringkasnya, motivasi amat penting bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran.


# Guru hendaklah menyediakan peluang untuk murid-murid menikmati kejayaan agar mereka terus terdorong untuk belajar. Pastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi aras kesukarannya terutama terhadap murid-murid yang mengalami masalah pengamatan. Kejayaan menyelesaikan sesuatu projek menimbulkan perasaan puas hati yang akan bertindak sebagai pendorong kepada murid-murid.

No comments:

Post a Comment